Memburu Satelit.
Ilmu dalam Radio Amatur ni luas. Cabang dalam radio amatur ni pun banyak. Kebiasaan dan seharusnya aktiviti dalam radio dua hala ini adalah bersembang (QSO) dijalur. Bukan hanya ada satu band komunikasi tapi banyak antaranya UHF, VHF dan HF. Dah lar ada banyak band, ada banyak mode pula contohnya FM, AM, SSB, USB, LSB dll.
Boleh dikatakan ramai yang menyertai atau terjebak dalam dunia radio dua hala ini adalah kerana hobi. Tapi awas, hobi nie ada yg suka-suka, main-main, atau nak mencuba tetapi ada juga yang serius, gila-gila, dan banyak berhabis duit kerananya. Ada juga yang menggunakan untuk urusan kerja dan tugasan rasmi. Yang kadang-kadang digunakan tatapi ia amat berguna adalah ketika operasi menyelamat atau bantuan semasa bencana.
Selain daripada bercakap (QSO) di jalur banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh warga HAM antaranya homebrew antenna, APRS tracker dan memburu Satelit Amatur.
k

